Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kek Minyak

Assalam, here I am still in one piece..alhamdullilah...been hibernating for no reasons..hehe...ok, sebelum gambar ni basi, baik kita uploadkan kat blog cepat2..ialah..sebab kita dah upload ni kat instagram kita semalam..kek minyak yang ramai dah cuba..baru nilah nak menyahut seruan..memang dah lama belek2 recipe ni, cuma belum ada kesempatan nak buat..selalu kena potong queue aje..
Comments from teman2 kat insta tu..ada yang guna melted butter to gives it a more flavourful cake...yes yes..I should try it next time...alangkan yang ni dah sedap..kalau letak butter lagiiii lah sedap kan...
Recipe kek minyak ada beberapa sumber actually..tapi kita rasa2..Lina pg yang was one of the first yang mencuba..so kat sini akak linkkan ke blog Lina ya..Terimakasih puan punya recipe dan Lina.... akak mohon panjang2kan disini pula... 
Ooops warna kek memang guna warna pastel..saja aje actually nak guna warna2 yang jarang digunakan dipantry kita tu...

pss...kita buat 11/2 adunan dan menggunakan sukatan gula & susu pekat base on the original..tak lebihkan dan tak kurangkan...:)

KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)-(Ayu gunakan nordic bundt pan)


  • 5 biji telur -(Ayu gunakan 6 biji size XXL)
  • 3/4 cawan gula halus (Ayu guna gula kastor)-kalau nak manis lagi sikit boleh tambah 1/4 Cawan lagi..tapi pada ayu dah cukup manislah..
  • 2 cawan tepung gandum -(Ayu guna 3 cawan)
  • 1 sk baking powder-(Ayu guna 11/2)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate-(Ayu guna 11/2)
  • 1 cawan minyak masak-(Ayu guna 11/2 cawan)
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna-(Ayu guna perasa oren)
  • 1 sudu teh esen vanila-(Ayu guna 2 sudu teh)

Cara-cara

  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan

Post a Comment

0 Comments